Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Hendaklah kamu mengucapkan Subhanallahi sebanyak 33 kali, Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan Allahu Akbar sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."
Zikir dapat melahirkan kekuatan dan tenaga yang terutama pada manusia. Maka dengan kekuatan itu ia dapat menyelenggara urusan-urusan yang begitu susah ataupun sukar. Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w merayukan halnya kepada baginda dengan berkata :
"Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggara urusan-urusan rumah-tanggaku."
Lantaran zikirlah maka segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar.
Zikrullah mempunyai kuasa yang khusus untuk melahirkan ketenteraman dan untuk melenyapkan ketakutan. Ianya mempunyai kesan yang teristimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya dan akan lenyap ketakutan.
Diriwayatkan dari Omar Khadam Ghufrah r.a. katanya bahawa apabila amal perbuatan manusia diganjari pada hari kiamat maka sebahagian besar dari manusia akan menyesal sambil berkata :
"Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan dan mudah sekali iaitu berzikir kepada Allah s.w.t ."
Di salam sebuah hadis baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
"Telah mendahului mereka yang mufarrid."
Para Sahabat bertanya :
"Siapakah yang mufarrid itu, Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab :
"Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka."
Melalui sabda Rasullullah s.a.w. maka jelaslah kita mengetahui bahawa amalan berzikir ini banyak memberi kebaikan kepada kita bukan sahaja didunia tetapi juga dapat membantu kita apabila menghadapi alam akhirat nanti yang kekal abadi. Cubala manfaatkan untuk kebaikan bersama.
Yang betul dijadikan pedoman yang salah tolongla tegur-tegurkan... Wallahualam...
No comments:
Post a Comment