Wednesday, 16 March 2011

Mencari Cinta Allah dan Rasul...

Assalamualaikum... hari ini saya ingin mengutarakan tentang kepada siapakah harus ku serahkan cinta ini...

Aku manusia yang digelar perempuan sentiasa menginginkan cinta, tetapi kadang-kadang hati ini berbicara cinta kepada manusia tidak kekal lama, jadi kepada siapakah harus ku serahkan cintaku ini?? Aku manusia yang telah mengalami pelbagai jenis percintaan tetapi semuanya tidak diredai Allah, lalu aku masih cuba berusaha untuk menwujudkan cintaku kepada Allah dan Rasulullah kerana ku tahu cinta kepada mereka sahajalah yang kekal abadi...

Aku pernah mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias dia pernah berkata "Janganlah cari reda manusia, tetapi sebaliknya carilah reda Allah s.w.t... kerana Insyaallah dengan reda dan kebenarannya suatu masa nanti tanpa diduga cinta kita sesama manusia akan wujud tanpa disangka-sangka"

Aku masih disini mencari cinta, dan berharap apabila aku cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah dengan cintaku pada mereka cinta yang ku idamkan sesama manusia akan wujud dengan keredaannya.

Aku juga teringin untuk memiliki keluarga dan menyemai kasih sayangku kepada lelaki yang jujur ikhlas untuk menjadikan aku sebagai seorang isteri yang sentiasa menemaninya dan menjaganya sehingga hujung nyawaku. Aku masih disini mencari cintaku... akan ku tunggu saat itu, saat aku menyerahkan cintaku kepada insan yang sudi menemaniku selama-lamanya dengan izin Allah s.w.t. Insyaallah....

No comments:

Post a Comment