Monday, 21 March 2011

Perpisahan....

Inilah fitrah manusia setiap yang hidup pasti akan berpisah...

Sama ada perpisahan itu dengan takdir Allah s.w.t ataupun dengan persetujuan antara diri pasangan itu sendiri antara sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...

Begitu juga yang ingin disampaikan lagu ini....

Kita hayati kata-kata dari lagu Aizat ini...

Memang menyentuh hati...



Perpisahan Ini - 1st Edition ft Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Thursday, 17 March 2011

Zikrullah

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Hendaklah kamu mengucapkan Subhanallahi sebanyak 33 kali, Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan Allahu Akbar sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."

Zikir dapat melahirkan kekuatan dan tenaga yang terutama pada manusia. Maka dengan kekuatan itu ia dapat menyelenggara urusan-urusan yang begitu susah ataupun sukar. Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w merayukan halnya kepada baginda dengan berkata :
          
             "Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggara urusan-urusan rumah-tanggaku."

Lantaran zikirlah maka segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar.

Zikrullah mempunyai kuasa yang khusus untuk melahirkan ketenteraman dan untuk melenyapkan ketakutan. Ianya mempunyai kesan yang teristimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya dan akan lenyap ketakutan.

Diriwayatkan dari Omar Khadam Ghufrah r.a. katanya bahawa apabila amal perbuatan manusia diganjari pada hari kiamat maka sebahagian besar dari manusia akan menyesal sambil berkata :
           
            "Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan dan mudah sekali iaitu berzikir kepada Allah s.w.t ."

Di salam sebuah hadis baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
            "Telah mendahului mereka yang mufarrid."

Para Sahabat bertanya :
            "Siapakah yang mufarrid itu, Ya Rasulullah?"

Baginda menjawab :
            "Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka."

Melalui sabda Rasullullah s.a.w. maka jelaslah kita mengetahui bahawa amalan berzikir ini banyak memberi kebaikan kepada kita bukan sahaja didunia tetapi juga dapat membantu kita apabila menghadapi alam akhirat nanti yang kekal abadi. Cubala manfaatkan untuk kebaikan bersama.

Yang betul dijadikan pedoman yang salah tolongla tegur-tegurkan... Wallahualam...

Wednesday, 16 March 2011

Mencari Cinta Allah dan Rasul...

Assalamualaikum... hari ini saya ingin mengutarakan tentang kepada siapakah harus ku serahkan cinta ini...

Aku manusia yang digelar perempuan sentiasa menginginkan cinta, tetapi kadang-kadang hati ini berbicara cinta kepada manusia tidak kekal lama, jadi kepada siapakah harus ku serahkan cintaku ini?? Aku manusia yang telah mengalami pelbagai jenis percintaan tetapi semuanya tidak diredai Allah, lalu aku masih cuba berusaha untuk menwujudkan cintaku kepada Allah dan Rasulullah kerana ku tahu cinta kepada mereka sahajalah yang kekal abadi...

Aku pernah mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias dia pernah berkata "Janganlah cari reda manusia, tetapi sebaliknya carilah reda Allah s.w.t... kerana Insyaallah dengan reda dan kebenarannya suatu masa nanti tanpa diduga cinta kita sesama manusia akan wujud tanpa disangka-sangka"

Aku masih disini mencari cinta, dan berharap apabila aku cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah dengan cintaku pada mereka cinta yang ku idamkan sesama manusia akan wujud dengan keredaannya.

Aku juga teringin untuk memiliki keluarga dan menyemai kasih sayangku kepada lelaki yang jujur ikhlas untuk menjadikan aku sebagai seorang isteri yang sentiasa menemaninya dan menjaganya sehingga hujung nyawaku. Aku masih disini mencari cintaku... akan ku tunggu saat itu, saat aku menyerahkan cintaku kepada insan yang sudi menemaniku selama-lamanya dengan izin Allah s.w.t. Insyaallah....

Tuesday, 15 March 2011

13 Mac 2011

Assalamualaikum semua... Pada kali ini dalam ruanganku saya nak kongsi event yang telah saya sertai pada ahad lepas. Saya dan rakan-rakan telah menyertai Walk For Children 2011 yang telah diadakan di Dataran Merdeka. It's was fun tapi sayang tak ramai yang dapat sertai, but the event was fun sebab saya dapat jumpe artis dan student-student daripada ISKL. Ni adew beberapa contoh gambar yang sempat saya tangkap ketika acara itu dijalankan.


Antara artis yang turut sertai untuk menjayakan acara ini, seperti Faizal Ismail hotfm, Lisa Surihani as the Ambassador, Altimet, Aizat dan artis-artis lain. Ia menyeronokkan rugilah kalau tak join. Ini antara gambar-gambar artis yang saya smpat tangkap...

My Friends With Lisa Surihani....


Cuma ini yang sempat saya paparkan... Wait for next event yew... n_n

Wednesday, 9 March 2011

4 Rabiulakhir 1432H (9 Mac 2011)

Firman Allah s.w.t... Wahai Nabi, suruhla isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."
(Al-Ahzab : 59) http://youtu.be/WmZGQb7qk_cai

Tuesday, 8 March 2011

Petunjukmu....


Sukar Melupakan..
Sukar menerima takdir yang tertulis...
Apakah aku harus teruskan atau mengikut petunjuk yang diberi....
Tiap-tiap hariku mengharungi perasaan ini dengan penuh tabah...
Kadang-kadang pening kepala memikirkannya...

Hanya kepadamu Allah aku meminta dan memohon pertolongan..

Agar jalan yang kau tetapkan memberi keberkatan dalam hidupku...
Hanya dengan petunjukmu dapat mengubah kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan dari kegelisahan jiwa kepada ketenangan.