Bismillahhirahmanirrahim......
Assalamualaikum...
Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi tapi saya tidak dapat melelapkan mata, jadi saya terfikir untuk berkongsi ilmu yang saya perolehi melalui pembacaan saya buat pertama kalinya melalui majalah Solusi.
Antara kata-kata nasihat yang dapat memberi insiprasi kepada saya melalui majalah Solusi ini ialah :
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria." (Riwayat Muslim)
Surah Al-Baqarah Ayat 38, mafhumnya "Dan ucapkanlah kata-kata baik kepada manusia"
"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti." (Riwayat daripada Sayidina Ali bin Abi Talib)
"Pilihla jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk dijadikan pasangan hidup kita."
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan yang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik."
Sabda Rasulullah s.a.w kepada Abdul Rahman bin Auf yang bermaksud "Adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing." (Riwayat al-Bukhari)
Hadis melalui Ibn Umar r.a berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w melarang menjual secara bayaran hutang dan serahan pula bertangguh."
Ini diantara kata-kata yang banyak memberi ilmu dan kesedaran kepada saya sesuai dengan situasi yang kita hadapi sehari-hari, kalau nak tau lebih banyak lagi ilmu didalamnya cubalah dapatkan majalah Solusi di pasaran.
Banyak yang dapat dipelajari dan nasihat yang berguna. Tak rugi membelinya kerana harga majalahnya sesuai dengan ilmu yang kita dapat.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pagi ni Insyaallah umur panjang saya akan cuba kongsikan ilmu yang lain pula ya... n_n
No comments:
Post a Comment